PENGERTIAN
LUKISAN
- Perkataan Lukisan dalam bahasa Inggeris ialah ‘Drawing’yang asalnya dari dua bahasa iaitu German dan Latin. Perkataan ‘to draw’adalah dari perkataan ‘Old English’ iaitu ‘dragan’ yang bermasud ‘todrag’ dan aktiviti yang berhubung dan tubuh badan.
- Beberapa buku menyatakan lukisan adalah aktiviti melukis yang menggunakan bahan kering atau basah untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk pada sesuatu permukaan.
- Lukisan juga boleh dikaitkan dengan pengalaman yang istimewa kepada seseorang pelukis yang digambarkan melalui gerak minda dan hati diterjemahkan di atas permukaan untuk dijadikan sebagai bahan dokumentasi.
- Secara langsung lukisan adalah satu displin seni yang boleh dikaitkan dengan keperluan psikologi, sejarah dan artistik – Ini terbukti bahawa pelukis perlu mempunyai tiga nilai kerangka dalam dirinya iaitu:
- .Daya Visualisasi
- · Daya Emosi
- · Daya Estetika
SEJARAH LUKISAN
Lukisan awal telah
ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba. Lukisan
tersebut berkisar tentang aktiviti kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan.
Di Malaysia lukisan gua telah dijumpai di Gua Niah, Sarawak dan Gua tambun, Perak. Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dulu .
Di Malaysia lukisan gua telah dijumpai di Gua Niah, Sarawak dan Gua tambun, Perak. Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dulu .
Ini juga ada kaitannya dengan perjumpaan lukisan-lukisan purba di gua-gua, lukisan itu menjadi faktor penentu kepada pemujaan untuk pemburuan. Manusia zaman dahulu menggunakan lukisan sebagai asas untuk kekuatan tumpuan mereka kepada mencari nafkah. Pada dinding zaman Mesir purba lukisan dijadikan sebagai rakaman penghidupan. Lukisan digambarkan dalam satu penceritaan ‘komik’yang bersiri untuk meninggalkan satu dokumentasi sejarah yang gemilang.
Menutur
Betti & Sale (1997), secara umumnya empat kepentingan
lukisan,
antaranya ialah:
- · Tujuan untuk penyelidikan, kajian dan untuk melihatsesuatu peristiwa yang sebenar
- · Tujuan untuk merakamkan sesuatu peristiwa.
- · Sebagai data menyimpan memori kepada pelukis untukmenghasilkan satu karya yang terbaik.
- · Tujuan sebagai alat komunikasi idea (mencari idea yang terbaik)
- Lukisan Figuratif
Lukisan
figuratif tertumpu kepada mengkaji dan melukis tubuh manusia atau binatang.
Pelukis perlu memahami anatomi terlebih dahulu untuk melukis. Melukis figuratif
adalah amat sukar kerana darisegi kadar banding adalah perkara yang menentukan
keindahan dalam karya lukisan figuratif.
- Lukisan Kajian
- Lukisan Informasi
- Lukisan Teknikal
- · Lukisan Konseptual
Lukisan
konseptual jarang sekali kedengaran. Pelukis memerlukanimeginasi yang kuat
untuk melukis sesuatu konsep yang baru.Misalnya sebuah filem seram memerlukan
lukisan satu watak seramuntuk dijadikan watak dalam cerita tersebut, maka
pelukis perlumelukis konsep watak tersebut dalam bentuk fantasi.
- Lukisan Artistik
ELEMEN-ELEMEN DALAM LUKISAN
- · Warna
- · Garisan
- · Jalinan
- · Ruang
- · Rupa
- Bentuk
- Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus.
- Lukisan menyediakan landasan asas untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara dan bidang.
- Biasanya lukisan menggunakan media kering untuk menghasilkan karya.
- Penghasilan lukisan bertujuan untuk mengkaji struktur bentuk subjek atau imej yang dilukis secara teliti.
- Lukisan akan mengikatkan kita dengan emosi, keintelektualan dan juga spiritual.
- Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi, intelektual dan spiritual manusia.
- Lukisan dapat mengembangkan kedua-dua minda dan semangat (spirit).
- Justeru, lukisan dihasilkan sebagai satu cara menghargai penglihatan dan pemikiran manusia.
MEDIA
- · Media dominan ialah media kering seperti pensel dan arang untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk ilusi pada sesuatu permukaan.
- · Penghasilan mestilah memperlihatkan struktur sesuatu benda. Lukisan juga boleh dihasilkan melalui campuran media kering dan media basah. Contohnya, warna pensel dan warna air.
- · Penggunaan media basah seperti warna air juga boleh digunakan tetapi penggunaannya adalah secara terhad dan minimum.
- · Lukisan menitikberatkan kepada penghasilan struktur bentuk sesuatu benda dengan penggunaan pelbagai jenis garisan.
TUJUAN PENGHASILAN
- Mengkaji struktur sesuatu benda dengan lebih terperinci menggunakan aplikasi unsur dan prinsip seni reka. Contohnya, memasukkan jalinan dan imbangan pada bentuk yang dilukis.
- Gambaran awal atau gambaran ringkas sebelum penghasilan imej akhir. Contohnya lukisan sesuatu imej dihasilkan sebelum penghasilan imej sebenar pada catan.
- Menerusi lukisan juga boleh dijadikan sebagai sindiran atau komentar sosial dalam sesebuah masyarakat dan ia dapat mempengaruhi psikologi manusia. Contohnya ,lukisan kartun yang menyindir sistem sosial dalam sesebuah masyarakat.
· - Lukisan juga dapat dijadikan sebagai
luahan emosi dan ekspresi pengkarya melalui tema yang disampaikan melalui imej-imej
tertentu.
No comments:
Post a Comment